Prosedur - Endodontik - Terapi Rawatan Akar

Sebagai satu usaha untuk mengekalkan gigi, gigi yang sedang mati atau sudah mati dan crown asal gigi yang sudah pecah, masih boleh diselamatkan dan diberi peluang kedua. Pencabutan gigi adalah pilihan terakhir dalam rawatan pergigian dan ia dilakukan hanya jika perlu dan di mana tiada pilihan lain yang boleh dibuat
Pada dasarnya, root canal therapy ("RCT") bererti urat dalam akar gigi akan dicuci secara mekanikal menggunakan peralatan dan juga dibersihkan secara irigasi mengguna cairan khas untuk mempastikan urat gigi terhapus sepenuhnya. Akhirnya setelah rawatan dilakukan ia disteril supaya bebas daripada sebarang kotoran atau jangkitan. Kanal gigi yang kosong itu diganti dengan bahan gantian yang berfungsi untuk menggantikan isi kanal yang dikeluarkan sebelum ini dan juga berfungsi bagi mengelak sebarang jangkitan pada tisu sekelilingnya selepas itu. Anda boleh menganggap gigi anda telah diawet supaya anda boleh menjadikan gigi itu berfungsi semula.

RCT boleh dilakukan sama ada pada satu lawatan atau lebih, tergantung kepada jangkitan atau sama ada ia masih bernanah atau tidak.

Setelah RCT selesai dilakukan, struktur gigi selebihnya boleh dipulihkan sama ada dengan tampalan biasa, secara crown atau selepas crown bertiang.

Rawatan secara kanal akar boleh mengekalkan gigi anda tanpa perlu dicabut, walaupun jangkitan semula boleh berlaku disebabkan banyak faktor yang kesemuanya akan dijelaskan kepada pesakit sebelum rawatan dilakukan.