Kami sentiasa mengemaskini klinik kami dengan bahan dan teknik mutakhir. Kami juga menggunakan peralatan dan perkakasan bertahap tinggi bagi membolehkan anda mendapat khidmat penjagaan gigi yang selesa dan betul.
Kamera Intra-Oral

…ialah sejenis kamera video kecil menyerupai sebatang pen kecil tetapi berkuasa tinggi. Ia membuat gambar mulut 40 kali lebih besar daripada ukuran sebenar untuk ditayangkan pada layar TV. Ini membolehkan pesakit melihat keadaan dalam mulut mereka semasa pemeriksaan (diagnosing). Tentunya ini amat menarik sekali kerana kini anda boleh melihat pemeriksaan yang dilakukan doktor dan mendapat nasihat pergigian yang betul.

Sudah pasti anda akan berasa senang setelah diberi penerangan tentang masalah pergigian secara lebih tepat. Jadi anda sudah pasti mendapat rawatan yang betul. Sesungguhnya, sekeping gambar itu nilainya sama dengan beribu patah perkataan.